Wednesday, March 3, 2010

Lawatan Ke Hatyai

Atas peluang yang dikurniakan Illahi, kami sekeluarga telah berpeluang melawat beberapa tempat yang boleh dikatakan menarik di negara jiran atas niat untuk meluaskan pandangan dalam mengamati keindahan dan keistimewaan alam ciptaan yang Maha Kuasa.

Destinasi pada kali ini adalah Bandar Hatyai yang terletak di Selatan Thailand. Kumpulan kami terdiri dari 10 orang. 7 dewas dan 3 kanak-kanak.

Perjalanan bermula dari Kampung Ngulang seawal jam 10.30pagi menuju pusat pertemuan pertama di Padang Besar yang menjadi pintu masuk ke Thailand.
Dari kiri : Toksu Pencen, Cik Raja, Cik Mumui, Adik, Baby, Mama, Cik Niza, Uncle Zali dan Abang (kat dalam van tu)

Kami bertemu di Padang Besar dan seterusnya menaiki van yang telah disewa khas untuk membawa kami ke destinasi di Hatyai. Bertolak dari Padang Besar lebih kurang jam 11.30pagi setelah selesai urusan tukaran matawang dan terus melewati pemeriksaan passport di pos kawalan imigresen Malaysia.

Ada satu lagi pos imigresen yang perlu dilalui iaitu pihak imigresen Thailand untuk passport di chop dan rakaman imej muka menggunakan webcam.

Adik dengan mood pening lalat ketika menunggu giliran untuk cop passport di imigresen Thailand

Sebelum itu sekeping borang perlu untuk diisi oleh pemegang passport antarabangsa, manakala pemegang border pass boleh terus ke kaunter pemeriksaan.

Setelah selesai prosedur di kaunter imigresen Thailand, kami menyambung kembali perjalanan menaiki van dan terus melewati sempadan Malaysia - Thailand.

Papan tanda arah ke Hatyai

Perjalanan dari sempadan ke Bandar Hatyai mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di lokasi pertama iaitu hotel penginapan.
Tanpa berlengah lagi, Paksu Pencen selaku pemandu pelancong merangkap ketua delegasi terus melapor diri dikaunter penyambut tetamu The Regency Hotel Hatyai untuk proses 'check in'.
Ketibaan kami agak awal, bilik didapati belum siap untuk dimasuki. Maka ketua delegasi mengarahkan agar segala bagasi dihimpum setempat di satu sudut lobby hotel, sementara kami pergi makan tengahari.
Restoran Hamid yang terletak beberapa ratus meter dari Hotel menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.
Suasana restoran yang agak selesa dan bersih antara daya penarik yang menggamit kami untuk memilih restoran ini.Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, sempat juga mencari sim kad prabayar talian telefon untuk kemudahan perhubungan.Hidangan yang dihantar memang menepati selera semua, buktinya tiada seorang pun yang tak habis makanannya.

Setelah selesai menjamu selera kami kembali ke hotel untuk masuk ke bilik, namun masih belum boleh lagi. Sempat juga berehat di lobi hotel yang luas dan selesa.Tidak lama kemudian kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing, abang dan adik tinggal sebilik, manakala baby, mama dan ayah dalam satu bilik.
Selepas berehat sekatika dan mandi untuk menyegarkan kembali badan masing-masing, kami terus bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai sambil membeli belah.
Pelbagai perkara menarik perhatian kami, terutama abang, adik dan baby yang amat tertarik dengan kenderaan dalam gambar berikut.
InsyaAllah, akan ada update tambahan mengenai trip kali ini....tunggu....

Sunday, February 21, 2010

Anak Uncle Hasnol.

Selamat datang ke dunia diucapkan kepada baby girl anak uncle Hasnol pada 17 Januari 2010.


Humairah Hana rasanya, sebab dah seminggu lahir pun tak tetap nama lagi.


Baby nak buat dia jadi kawan katanya..comel..semoga sihat dan cergas.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tok Ayah sakit..

Awal tahun kami dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan. Tok Ayah sakit dan masuk wad lagi..


Tok Ayah mengalami gangguan pada buah pinggang yang terhenti berfungsi buat seketika..


Apa yang lagi sedihnya nak melawat di hospital pun tak boleh sebab arahan kementerian kesihatan katanya tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat...tapi dapat masuk juga setelah Toksu merayu pada pakguard yang macam hospital tu dia yang berkuasa...
Semoga tok ayah sihat kembali..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Awal 2010, kembali ke sekolah..

Tahun masihi sudah berganti nombor. 2009 sudah melewati kita, 2010 mula menyapa..


Baby memulakan sessi persekolahan 2010 di Tadika Sin Hwa, Parit Buntar. Bergaya dengan uniform barunya.


Mengukir senyuman yang manis+masam di hari pertama di sekolah baru. Kawan baru pun masih tidak ada di sebelah..


Suasana di dalam kelas baby, ada 3-4 orang pelajar Melayu..


Proses orientasi bermula dan baby sudah dapat kawan sebelah untuk beratur dan pegang tangan. "Lau Ser" membawa ahli kelas ke sekitar kawasan Tadika.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Cuti Hujung Tahun 2009


Memang ditunggu kehadiran cuti sekolah, boleh balik kampung...


Sempat ke Kuala Perlis menikmati keindahan suasana sunset..


Abang dan adik pulak sempat berjoging di Taman JPS Pengkalan Assam.


Baby pun nak juga bermain di Pengkalan Assam.


Sempat pulak posing pakai topi santa di Tesco Mergong.


Memancing pula memang hobi abang dan adik. Kali ini berpeluang memancing di kolam yang terletak di Sg. Batu Pahat.


Salah satu hasil pancingan abang.


Hasil pancingan abang dan adik telah menjadi menu di rumah Toksu yang kebetulan buat BBQ malam itu.


Sebelum habis cuti sempat juga jalan-jalan makan angin sambut tahun baru di Eastin Penang.


Tak puas hati kalau tak dapat berendam dalam kolam. Cinta Sayang dah jadi tempat favourite tiga beradik ini.


Dalam perjalanan pulang sempat singgah berposing dengan Ryan Giggs di Sunway Carnival.


Abang pun tak melepaskan peluang.


Adik tak suka Man U...


Acara wajib menjelang sessi persekolahan yang baru.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 29, 2009

Balik Kampung




Masa yang ditunggu dah tiba. Cuti sekolah bermaksud balik kampung. Dapat jumpa Maktuk dan Tok Ayah. Boleh tinggal lama di kampung.


Kawasan kampung luas untuk berlari-lari. Boleh naik basikal keliling kampung. Kawan pun ramai, maklumlah cuti sekolah. Semua yang dari bandar pun balik kampung. Udara kampung lebih segar dan nyaman.


Sawah padi luas terbentang, pemandangan indah terutama diwaktu petang. Ada peluang, Makngah Ja, Cu Mie bawa ronda-ronda.


Abang, Adik, Paksu Shukur dan Baby dah cukup ramai nak buat rumah Tok Ayah bising. Kadang-kadang rumah Toksu pun depa serang ikut dan.


Hari ini dapat juga pergi berkelah di Gua Kelam. Acu bawa, Maktuk ikut, Toksu dengan Tokteh pun ada. Mama dan Ayah ada kenduri di rumah kawan. Cuti sekolah = balik kampung = main puas = Jalan-jalan = seronok. Erti kata lain cuti dari kena marah Mama dan Ayah sebab fulltime cucu Maktok dan Tok Ayah.


Yaaahoooo... We all like it...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 17, 2009

Baby Sertai Tarian

Menari antara kesukaannya. Dipilih mewakili prasekolahnya untuk kali pertama dalam hidupnya. Tak tolak, terus berlatih dengan gigih walaupun dalam tempoh dua minggu saja.


Mula-mula macam kayu juga. Dua tiga kali praktis kira boleh la..


Seronok dapat menari tradisional dengan kawan-kawan. Cikgu kelasnya lelaki tulin, mengajar tarian faham-faham sajalah, janji orang tahu itu adalah tarian..


Antara yang paling ditunggu, make-up sebelum naik pentas, melaram juga hobinya..


Menari ada pasangan, Ca'e nama gelaran. Tembam macam Abang, tapi menari keras..oklah juga, mau turut serta.



Mama jadi make-up artis terjun..bedal saja ikut suka. Budak-budak bukan tau sangat, tapi Baby asyik nak minta touch-up takut make-up lari...


Nanti sambung lagi...
- Posted using BlogPress from my iPhone