Wednesday, March 3, 2010

Lawatan Ke Hatyai

Atas peluang yang dikurniakan Illahi, kami sekeluarga telah berpeluang melawat beberapa tempat yang boleh dikatakan menarik di negara jiran atas niat untuk meluaskan pandangan dalam mengamati keindahan dan keistimewaan alam ciptaan yang Maha Kuasa.

Destinasi pada kali ini adalah Bandar Hatyai yang terletak di Selatan Thailand. Kumpulan kami terdiri dari 10 orang. 7 dewas dan 3 kanak-kanak.

Perjalanan bermula dari Kampung Ngulang seawal jam 10.30pagi menuju pusat pertemuan pertama di Padang Besar yang menjadi pintu masuk ke Thailand.
Dari kiri : Toksu Pencen, Cik Raja, Cik Mumui, Adik, Baby, Mama, Cik Niza, Uncle Zali dan Abang (kat dalam van tu)

Kami bertemu di Padang Besar dan seterusnya menaiki van yang telah disewa khas untuk membawa kami ke destinasi di Hatyai. Bertolak dari Padang Besar lebih kurang jam 11.30pagi setelah selesai urusan tukaran matawang dan terus melewati pemeriksaan passport di pos kawalan imigresen Malaysia.

Ada satu lagi pos imigresen yang perlu dilalui iaitu pihak imigresen Thailand untuk passport di chop dan rakaman imej muka menggunakan webcam.

Adik dengan mood pening lalat ketika menunggu giliran untuk cop passport di imigresen Thailand

Sebelum itu sekeping borang perlu untuk diisi oleh pemegang passport antarabangsa, manakala pemegang border pass boleh terus ke kaunter pemeriksaan.

Setelah selesai prosedur di kaunter imigresen Thailand, kami menyambung kembali perjalanan menaiki van dan terus melewati sempadan Malaysia - Thailand.

Papan tanda arah ke Hatyai

Perjalanan dari sempadan ke Bandar Hatyai mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di lokasi pertama iaitu hotel penginapan.
Tanpa berlengah lagi, Paksu Pencen selaku pemandu pelancong merangkap ketua delegasi terus melapor diri dikaunter penyambut tetamu The Regency Hotel Hatyai untuk proses 'check in'.
Ketibaan kami agak awal, bilik didapati belum siap untuk dimasuki. Maka ketua delegasi mengarahkan agar segala bagasi dihimpum setempat di satu sudut lobby hotel, sementara kami pergi makan tengahari.
Restoran Hamid yang terletak beberapa ratus meter dari Hotel menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.
Suasana restoran yang agak selesa dan bersih antara daya penarik yang menggamit kami untuk memilih restoran ini.Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, sempat juga mencari sim kad prabayar talian telefon untuk kemudahan perhubungan.Hidangan yang dihantar memang menepati selera semua, buktinya tiada seorang pun yang tak habis makanannya.

Setelah selesai menjamu selera kami kembali ke hotel untuk masuk ke bilik, namun masih belum boleh lagi. Sempat juga berehat di lobi hotel yang luas dan selesa.Tidak lama kemudian kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing, abang dan adik tinggal sebilik, manakala baby, mama dan ayah dalam satu bilik.
Selepas berehat sekatika dan mandi untuk menyegarkan kembali badan masing-masing, kami terus bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai sambil membeli belah.
Pelbagai perkara menarik perhatian kami, terutama abang, adik dan baby yang amat tertarik dengan kenderaan dalam gambar berikut.
InsyaAllah, akan ada update tambahan mengenai trip kali ini....tunggu....

1 comment: