Tuesday, September 13, 2011

Sleep Study

Salam sejahtera untuk semua umat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup juga mereka yang telah mati, semoga dalam kerahmatan Allah maha penyayang lagi maha pengasih.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan kepada hamba Mu, Akif untuk mengharungi cabaran dunia dan akhirat.


Pertama kali membuat Sleep Study di Hospital Pulau Pinang pada 13/09/2011.


Banyak wayar yang dipasang pada kepala dan badan.


Bukan saja wayar, tambah lagi dengan alat perakam aktiviti tidur pulak diikat pada badan.


Dengan harapan boleh tidur macam biasa. Boleh ke agaknya?


Pada hidung pun ada sensor juga.


Mungkin aksi tidur kali ini agak terbatas. Tak boleh buat gaya bebas.


Dah macam cyborg balik dock pun ada.


Recording pun dah dimulakan untuk semalaman.


Berjaya juga menidurkan diri dalam keadaan yang agak tak selesa dengan wayar yang berserabut di badan.


Komputer pun mula merakam bacaan yang diterima dari semua sensor.


Bijak juga sistem ni sebab boleh kesan kita tidur sehingga peringkat sedang bermimpi..
- Posted using BlogPress from my iPhone