Sunday, March 6, 2011

K.A.Y.U.H

Aktiviti outdoor yang telah lama diceburi, tetapi baru dapat lesen 'L'. Kena ada coach ikut baru boleh kayuh luar kawasan..


Secara rasminya dua buah basikal ayah telah bertukar tangan kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, malah beberapa aksesori dan pakaian juga turut bertukar tuan.


Kayuhan pertama adalah salah satu tuntutan terhadap janji ayah yang ingin membenarkan dan membawa dua terunanya pergi berkayuh pada waktu lapang hujung minggu yang telah sekian kali tertangguh..


Aspek utama yang perlu diamalkan adalah keselamatan di jalan raya dan fokus. Teknik kendalian basikal juga diberi perhatian dan tidak lupa juga makan serta minum sebagai sumber tenaga..


Perjalanan untuk edisi pengenalan ini tak terlalu jauh dan tidak terlalu mencabar..sekadar program orientasi kepada abang dan adik.


Jarak kayuhan sejauh 40km sudah memadai untuk 1st timer..

- Posted using BlogPress from my iPhone