Tuesday, September 13, 2011

Sleep Study

Salam sejahtera untuk semua umat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup juga mereka yang telah mati, semoga dalam kerahmatan Allah maha penyayang lagi maha pengasih.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan kepada hamba Mu, Akif untuk mengharungi cabaran dunia dan akhirat.


Pertama kali membuat Sleep Study di Hospital Pulau Pinang pada 13/09/2011.


Banyak wayar yang dipasang pada kepala dan badan.


Bukan saja wayar, tambah lagi dengan alat perakam aktiviti tidur pulak diikat pada badan.


Dengan harapan boleh tidur macam biasa. Boleh ke agaknya?


Pada hidung pun ada sensor juga.


Mungkin aksi tidur kali ini agak terbatas. Tak boleh buat gaya bebas.


Dah macam cyborg balik dock pun ada.


Recording pun dah dimulakan untuk semalaman.


Berjaya juga menidurkan diri dalam keadaan yang agak tak selesa dengan wayar yang berserabut di badan.


Komputer pun mula merakam bacaan yang diterima dari semua sensor.


Bijak juga sistem ni sebab boleh kesan kita tidur sehingga peringkat sedang bermimpi..
- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 20, 2011

French braid

Mama tak pandai buat, alang-alang dah cuci rambut kat kedai, mintak dia buatkan skali..





Hasilnya kejap lagi..



Teruk gak kena ejas kepala..


Dah nak siap..


Inilah hasilnya..


Boleh tahan berapa lama tak tau la..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Dah Lama Tak Update

Salam. Memang dah lama blog ni tak dimasukkan dengan bahan-bahan terkini..
Sebabnya tak tau nak kata macam mana.. Mungkin terlalu sibuk dengan perkara lain..
InsyaAllah akan ada diari baru..


Jumpa lagi!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 6, 2011

K.A.Y.U.H

Aktiviti outdoor yang telah lama diceburi, tetapi baru dapat lesen 'L'. Kena ada coach ikut baru boleh kayuh luar kawasan..


Secara rasminya dua buah basikal ayah telah bertukar tangan kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, malah beberapa aksesori dan pakaian juga turut bertukar tuan.


Kayuhan pertama adalah salah satu tuntutan terhadap janji ayah yang ingin membenarkan dan membawa dua terunanya pergi berkayuh pada waktu lapang hujung minggu yang telah sekian kali tertangguh..


Aspek utama yang perlu diamalkan adalah keselamatan di jalan raya dan fokus. Teknik kendalian basikal juga diberi perhatian dan tidak lupa juga makan serta minum sebagai sumber tenaga..


Perjalanan untuk edisi pengenalan ini tak terlalu jauh dan tidak terlalu mencabar..sekadar program orientasi kepada abang dan adik.


Jarak kayuhan sejauh 40km sudah memadai untuk 1st timer..

- Posted using BlogPress from my iPhone