Friday, June 18, 2010

Cuti sekolah Jun 2010

Cuti sekolah kali ini kami tidak tinggal di kampung seperti biasa. Minggu pertama cuti dihabiskan di rumah. Cuma pada minggu kedua kami balik ke kampung untuk semalaman. Kemudian kami bercuti di resort yang selalu dikunjungi.


Oleh kerana kami memang suka berendam, maka Cinta Sayang Resort Sg. Petani menjadi pilihan. Memang kami tak jemu berkunjung ke sini.


Tempat ini agak selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah. Makanan juga sedap dan pelbagai.


Kolam renang menjadi tempat utama setiap pagi. Badan pun naik berbelang dimamah mentari.


Lain kali kami akan ke sana lagi. Nasi lemak Cinta Sayang menjadi kegemaran kami. Tunggu kedatangan kami di lain masa.

- Posted using BlogPress from my iPhone